Monday, November 5, 2012

Oil Palm Plantation

Kg. Keritan: Projek penanaman kelapa sawit melibatkan perancangan dan pelaksanaan yang teliti. Ianya bermula dari penyediaan kos kewangan, penyediaan tanah, sumber benih, pengangkutan benih, penyediaan barisan, penyediaan lubang, penanaman dan penyelengeraan.

Projek penanaman sawit telah dimula pada bulan Mac 2012 dengan pembersihan tanah seluas 8.36 ekar di sebuah bidang tanah yang berbukit dengan kecundungan 20 - 25%. Pembersihan melibatkan pembersihan kawasan, menebang pokok, menyediakan saluran keselamatan kebakaran dan pembakaran. Semua aktiviti ini siap pada bulan 22 Ogos 2012. Kerja-kerja membuat teres dan membina jalanraya baru dimulakan pada 17 Oktober 2012 dan siap pada 21 Oktober 2012. Penyediaan lining dimulakan pada 22 Oktober 2012 dan dimulakan dengan membuat lubang pada 31 Oktober 2012.

Benih diangkut dari Desa Talisai menggunakan 2 buah lori pada 2 November 2012. Sebanyak 400 pokok benih berjaya diangkut dan disimpan di perkerangan rumah kediaman Kg. Mottou pada malam 2 Nov 2012.

Pada 3 Nov 2012, benih kelapa sawit dihantar ke kawasan penanaman sawit di Kg. Keritan menggunakan kenderaan pacuan 4 roda Toyota hilux Pickup. Sebanyak 184 pokok sawit berjaya diangkut. Penanaman sawit terus dilakukan pada 4 Nov dan sebanyak 99 pokok berjaya ditanam.





Trip pengangkutan ke 2 benih kelapa sawit dibuat pada 5 November 2012 di tempat yang sama. aktiviti penanaman sait akan diteruskan sehingga selesai.